18 SEP 2021: PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN PAHANG
| Tarikh |
: 18 September 2021 |
| Masa |
: 2.00pm – 4.00pm |
| Lokasi |
: Mini PI Mat Daling |
| Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seorang pelajar IPT. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu pelajar Institut Pengajian Tinggi mendapatkan bantuan kewangan. Malah, pelajar juga dapat memanfaatkan dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam melayari laman sesawang di mana-mana enjin carian.
Aktiviti
Peserta menggunakan Google bagi mendapatkan laman sesawang Yayasan Pahang. Setelah berhasil, peserta membaca dan memahami segala syarat kelayakan yang telah dinyatakan oleh pihak Yayasan Pahang. Selepas melog masuk ke dalam sistem, peserta melengkapkan segala butiran yang diperlukan dan memuat naik setiap dokumen yang diminta ke dalam sistem. Kemudian, peserta menyemak semula permohonan tersebut dan membuat pengesahan sebelum menghantar permohonan tersebut. Bagi tujuan ini, peserta semakin mahir menggunakan papan kekunci, tetikus, muat naik dokumen dan sebagainya.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI