Tarikh | : 18 Disember 2021 |
Masa | : 9.00am – 11.00pm |
Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini disediakan adalah untuk membantu pelajar menjawab soalan temu uji dengan selesa dan tenang. Malah, aktiviti ini dapat memudahkan urusan menjawab soalan di atas talian dengan lebih baik melalui sambungan internet yang stabil.
Aktiviti
Peserta membuka pautan yang telah diberikan oleh pegawai daripada pihak pengurusan melalui kumpulan WhatsApp. Sambil menunggu waktu peperiksaan bermula, peserta meluangkan masa dengan membuat semakan nombor giliran dan kad pengenalan diri dengan teliti. Setelah itu, peserta mula menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk objektif. Setelah selesai, peserta menyemak semua soalan dan menghantar dengan menekan butang yang terdapat di akhir soalan.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI