Tarikh |
: 10 November 2021 |
Masa |
: 10.00am – 12.00pm |
Lokasi |
: Mini PI Mat Daling |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini disediakan adalah untuk membantu para wanita mendaftar akaun baharu di platform e-dagang seperti Shopee. Malahan, melalui aktiviti ini peserta dapat memahami tatacara penggunaan platform tersebut dan mampu melakukan proses pembelian dengan lebih lancar.
Aktiviti
Aplikasi dimuat turun dan dipasang dalam peranti telefon pintar peserta. Pendaftaran akaun dilakukan agar peserta dapat melakukan pembelian dengan baik. Peserta juga diajar tentang cara-cara untuk mencari barang dengan menaip di ruangan carian dan memilih kedai yang dapat memberikan servis terbaik buat pembelinya. Peserta juga diingatkan untuk meneliti dan memahami dahulu barangan yang dipilih dengan betul. Setelah itu, peserta meletakkan barangan ke dalam troli dan memastikan kuantiti barangan tersebut adalah betul. Kemudian, peserta mula belajar pelbagai cara untuk membuat pembayaran sama ada melalui perbankan internet, e-Wallet dan juga transaksi tunai di kaunter-kaunter terpilih.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI