SEKOLAH KEBANGSAAN
BUKIT MAT DALING, ULU TEMBELING
27020 JERANTUT, PAHANG
SK Bukit Mat Daling dibina oleh para penduduk kampung pada tahun 1958. Bangunan pertamanya berdindingkan buluh dan beratap cucuh berukuran 30’ x 40’. Dibina secara gotong-royong. Pada masa itu, ia diduduki seramai 60 orang murid dan 1orang guru iaitu, Hj. Nadir b. Hj. Isa.
Dinaiktaraf oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1960 dan dibina 2 blok bangunan simen mempunyai 4 kelas, pejabat dan lain-lain. Pada 1994 1blok bangunan simen dibina sebagai Asrama Desa khas bagi murid-murid yang jauh dari sekolah.
Pada tahun 2003, 3 blok 1 tingkat dibina, ia mempunyai semua bilik dan kelengkapan sebuah sekolah. Mula digunakan pada pertengahan tahun 2005.