Mini Pusat Internet 1Malaysia Kg Mat Daling, fasa clawback 2014 mula beroperasi pada 16 Mei 2015. Dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Yb Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada 16 Mei 2015. Pusat Internet 1Malaysia terletak dibagunan Pbsm Kg Bukit Mat Daling yg berhampiran Dewan Serbaguna, Sekolah dan Masjid. menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti fotostat, printing, laminat, binding, kelas latihan ict dan keusahawanan percuma untuk ahli, penggunaan wifi percuma, juga boleh membuat pembayaran bil utiliti seperti bil air, eletrik dan astro. Menyediakan 6 buah komputer untuk pembelajaran dan melayari internet. Yuran keahlian hanya rm 5.00 seumur hidup.
Mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung sekitar. Dengan tertubuhnya pusat internet ini ianya banyak memberi faedah kepada penduduk Kampung antaranya capaian internet berkelajuan tinggi, wifi percuma, kelas pembelajaran ict dan keusahawanan secara percuma, pembayaran bil-bil utiliti seperti bil air, eletrik dan astro juga fotostat, printer, laminat dan binding dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan di pusat internet ini. Kampung yang jauh dipendalaman menyukarkan penduduk untuk mengetahui dunia luar tetapi dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia ini dapat membantu merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.