mcmc
Laporan Aktiviti

13 OKT 2018: SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Tujuan

Kelas dihadiri oleh 102 orang yang terdiri daripada pelajar tabika, sekolah rendah, sekolah menengah, belia dan ibu bapa serta warga emas. Aktiviti ini dilaksanakan semperna Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan dan juga bertujuan menggalakkan komuniti Kg Bukit Mat daling sentiasa bersukan hingga menjadi budaya hidup.

Aktiviti

Senaman arobik, zumba yang diketuai oleh Cik Nor Izuwani Wakil dari Felcra Berhad Kg Bantal dan pertandingan sukaneka untuk tabika kemas dan sekolah rendah manakala pertandingan litar sukan rakyat dan pertandingan berkumpulan seperti dam ular gergasi serta galah panjang untuk dewasa.

**untuk melihat gambar..KLIK DISINI