06 FEB 2022 : QUIZZIZ (MATEMATIK, ENGLISH, BAHASA MELAYU)
| Tarikh | : 06 Februari 2022 |
| Masa | : 3.00pm – 4.00pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengetahuan para peserta dalam subjek yang dipelajari di sekolah. Malahan, melalui aktiviti ini, pelajar dapat menguatkan lagi daya ingatan dan pemahaman melalui permainan pendidikan yang menguji daya saing masing-masing.
Aktiviti
Peserta mula menaip kod permainan yang dipilih oleh petugas untuk mereka sebelum memulakan kuiz yang telah disediakan dalam laman sesawang Quizziz mengikut tema yang dipilih. Setelah kuiz dimulakan, peserta menjawab setiap soalan dengan pantas dan memastikan mereka memilih jawapan yang betul agar mendapat markah yang tinggi berbanding rakan-rakan yang turut sama menyertai kuiz tersebut.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI