mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2021 – Nur Alma Dzakirah (Quarterly 4)

Nama

: Nur Alma Dzakirah binti Saiful Bahari

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 04 November 2018

Latar belakang

 
Alma mempunyai 3 orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang pertama. Beliau merupakan soerang yang bijak dan cepat belajar. Perwatakan beliau yang baik dan kemas sangat disegani oleh komuniti setempat. Alma juga sangat rajin membantu ibunya dalam berjualan dan juga rakan-rakannya dalam pelajaran.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan Alma bersama PEDi, beliau mempunyai sedikit sebanyak tentang penggunaan teknologi maklumat melalui ibunya yang merupakan seorang pembantu awam di Prasekolah. Namun begitu, kemahiran beliau dalam penggunaan komputer adalah kurang. Beliau hanya memanfaatkan pengetahuannya melalui penggunaan telefon pintar dan aplikasi yang terdapat dalam Gedung Permainan Google.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan tertubuhnya Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, Alma sering kali hadir dan menyertai pelbagai kelas dan aktiviti yang dijalankan. Bermula daripada asas penggunaan komputer desktop dan ciri-cirinya, Alma belajar sedikit demi sedikit untuk memahirkan diri dengan penggunaan papan kekunci dan tetikus. Setelah itu, beliau juga mempelajari pelbagai fungsi yang boleh dilakukan melalui perisian Microsoft Office dan juga aplikasi-aplikasi yang berguna di atas talian. Kini, Alma semakin pantas ketika menaip dan menggunakan tetikus. Malah, kemahirannya dalam menggunakan perisian Microsoft Office dan enjin carian Google semain meningkat dan mampu membantunya menyelesaikan pelbagai tugasan rumah yang diberikan oleh guru sekolah.