mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2021 – Wan Farhana Nur Alia (Quarterly 3)

lia1

Nama

Wan Farhana Nur Alia binti Wan Nasaruddin

Umur

: 20 Tahun

Ahli

: 16 Mei 2015

Latar belakang

 
Cik Farhana Alia atau lebih sapa dikenali sebagai Alia merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2020. Beliau juga merupakan anak kedua daripada empat beradik. Alia seorang yang rajin dalam membantu ibu bapa beliau mencari rezeki dan tekun dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam urusan jual beli sayur-sayuran milik ibu bapanya. Tatkala ibu bapa beliau sedang sibuk menguruskan kebun mereka, Alia menukar peranan menjaga adiknya yang bongsu yang berumur 4 tahun di rumah. Oleh sebab beliau mempunyai banyak masa terluang, beliau sering melayari media sosial dan bertukar khabar dengan rakan-rakannya melalui ruangan sembang atas talian.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Cik Alia bersama PI, beliau sudah mahir tentang asas-asas penggunaan komputer dan kemudahan media sosial yang semakin meluas digunakan oleh penduduk di seluruh dunia. Namun begitu, beliau masih belum mengetahui tentang cara untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial terutamanya dalam memperoleh pendapatan yang lumayan seperti kebanyakan orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri PI, Cik Alia didedahkan tentang cara-cara memperoleh pendapatan melalui atas talian tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Pada permulaan penglibatan beliau dengan perniagaan atas talian, beliau diajar tentang cara menjadi seorang penjual tanpa perlu memegang stok iaitu dropship. Segala bimbingan dan nasihat yang diterima dituruti dengan tekun dan menyeluruh. Setelah berhasil memilih beberapa jenis produk dan mendapatkan ejen, beliau menggunakan ilmu media sosial yang ada dan mula melakukan beberapa jenis pemasaran di platform seperti Instagram, TikTok dan WhatsApp Status. Berkat kerajinan beliau dalam memasarkan produk yang diwakilinya, beliau kini mampu meraih 3 angka. Antara produk yang dijual oleh Cik Alia ialah barang kosmetik, produk penjagaan kulit, makanan dan juga larutan minuman.