Belajar Microsoft Office, Mencipta Akaun Gmail dan Facebook & Permainan Pendidikan
Nama |
: Nur Nadira Hanim binti Lokman Hakim |
Umur |
: 12 tahun |
Ahli |
: 18 September 2016 |
Latar belakang
Nadira merupakan anak kelima daripada 6 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajarTahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling. Beliau seorang pelajar yang rajinbelajar dan mudah untuk memahami ajaran guru ketika sesi pembelajaran berlaku. Nadirajuga seorang yang pendiam, namun begitu beliau sangat tekun dalam melakukan pelbagai perkara dan tidak lokek untuk bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Nadira tidak mempunyai peralatan pintar seperti telefon ataupun komputer. Jadi, beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca buku dan bermain. Pendedahan tentang penggunaan teknologi dan ICT dalam kehidupan Nadira sangat minimal dan beliau juga sering terlepas dengan sebarang berita terkini berbanding rakan-rakannya yang memiliki telefon pintar sendiri.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah tertubuhnya Pusat Internet Komuniti ini, Nadira menjadi lebih bersemangat untuk belajar tentang kepelbagaian fungsi yang terdapat dalam komputer. Beliau seringkali hadir dan turut serta dalam setiap kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PI. Pelbagai perkara dipelajari Nadira, terutamanya penggunaan perisian Microsoft seperti Word, PowerPoint, Excel dan Publisher. Malah, Nadira juga mengambil peluang yang ada untuk mempelajari tentang kemahiran menggunakan enjin carian seperti Google bagi mendapatkan segala maklumat terkini dan menonton video. Selain itu, beliau belajar tentang cara-cara membuat emel dan mendaftar akaun baharu untuk media sosial. Sekarang, Nadira merupakan seorang pelajar yang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft dan juga turut mempunyai akaun media sosial seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau juga tidak lokek untuk membantu rakan-rakan yang kurang pengetahuan ketika menggunakan komputer dan perisiannya.