TUKANG PERAHU
Perahu atau Bot sememangnya terkenal dalam masyarakat Ulu Tembeling dan juga orang luar malahan warga asing. ianya adalah pegangkutan utama bagi penduduk Ulu Tembeling melalui jalan air. Di kampung Bukit Mat Daling pembuatan perahu atau dikenali tukang perahu diusahakan oleh Wan Azman & Family. Wan Azman & Family mengusahan pembuatan perahu sejak sekian lama, lebih kurang sejak tahun 80-an lagi sehingga kini, mereka menjualnya kepada penduduk sekitar dan orang luar.
Banyak bahan yang digunakan untuk membuat sesebuah perahu antara bahan terpenting ialah kayu meranti yang tahan air, ianya memerlukan modal dan tenaga yang banyak dan masa yang agak lama untuk disiapkan. Anggaran jualan sebuah perahu antara 3000 hingga 10000 mengikut saiz yang diminta. Penjualan perahu suatu masa dahulu mendapat sambutan hangat dipasaran kerana ianya merupakan pengangkutan penting dari bandar Jerantut ke Taman Negara Pahang dan seterusnya perkampungan di Ulu Tembeling.

proses membentuk lunas perahu, kayu dibelah dan dibentuk menjadi lunas
(kayu dibahagian bawah perahu)

lunas yang sudah siap dibentuk perlu dilayur diatas bara api untuk
menguatkan struktur bot
sebelah kiri perahu yang hampir siap dan kanan perahu yang sudah siap
sumber : temuramah pemilik perniagaan Wan Yahya & family
