mcmc
Pertanian

Pertanian

PERTANIAN GETAH

 

Sektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi komersial dan berdaya saing. Tanah yang subur di Mukim Ulu Tembeling Kg bukit Mat Daling menjadi faktor utama kepada kegiatan pertanian yang diusahakan oleh penduduk setempat. Tanaman getah merupakan kegiatan perladangan yang utama kawasan ini.

 

Kebanyakan penduduk kg yang menceburkan diri dalam bidang pertanian getah. Kebanyakan mereke mempunyai tanah sendiri dan menggunakan modal sendiri dan juga dibantu oleh Jabatan Pertanian dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membeli anak benih, baja, peralatan pertanian dan juga khidmat nasihat berkaitan pengurusan getah. Urusan jualan hasil getah juga menjadi mudah dengan adanya kedai yang di uruskan oleh penduduk kampung yang mempunyai lesen menimbang getah untuk dihantar ke Bandar Jerantut untuk di proses.