Pasar Mini Wan Adilah
NAMA PERNIAGAAN : SRI DALING ENTERPRISE
ALAMAT PERNIAGAAN : KG BUKIT MAT DALING,
ULU TEMBELING 27020 JERANTUT
NAMA PEMILIK : WAN ADILAH BT WAN ADNAN
NO TEL : 014-2938620 @ 012-9214568
Sri Daling Enterprise atau juga dikenali dengan nama Pasar Mini Wan Adilah merupakan kedai runcit utama yang menjadi tumpuan penduduk Kg Bukit Mat Daling dan juga penduduk sekitar seperti Kg Gusai, kg Bantal dan Kg Kucing untuk membeli keperluan harian.Dengan bermodalkan 30,000 Ringgit Malaysia membuka kedai runcit kini keuntungannya berlipat kali ganda.Mula beroperasi pada awal tahun 2009 sehingga kini. Sri Daling Enterprise menjual pelbagai jenis barangan runcit seperti keperluan harian, barangan basah, barangan hardware, barang motosikal dan juga menyediakan perkhidmtan ejen Bank BSN. Perkampungan yang jauh di pendalaman menyebabkan penduduk sukar untuk keluar ke Bandar Jerantut, tetapi dengan adanya perkhidmatan yang disediakan di Sri Daling Enterprise ini memudahkan penduduk Kampung dan Kampung sekitar membeli keperluan harian dengan begitu mudah dan cepat. Waktu operasi Pasar Mini Wan Adilah bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 10.00 malam pada setiap hari.
gambar dalam kedai sri Daling Enterprise
sumber : temuramah Wan adilah bt Wan adnan pemilik kedai Sri Daling Interprise