2 OGOS 2021: PENDAFTARAN KAD PENGENALAN
| Tarikh | : 2 Ogos 2021 |
| Masa | : 10.00am – 12.00pm |
| Lokasi | : Mini PI Mat Daling |
| Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri 3 orang pelajar sekolah rendah dan belia kampung. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para ibu bapa dan juga kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun bagi mendapatkan kad pengenalan diri melalui permohonan secara atas talian di laman web yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Aktiviti
Para peserta diberikan pautan untuk pendaftaran akaun bagi tujuan melog masuk ke dalam portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu, peserta dikehendaki mengisi segala butiran lengkap yang telah disediakan dalam borang atas talian tersebut. Melalui aktiviti sebegini, peserta dapat merasai pengalaman mengisi borang secara atas talian dan penggunaan perkakasan komputer yang optimum.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI