Tarikh | : 22 November 2021 |
Masa | : 10.00am – 1.00pm |
Lokasi | : Mini PI Mat Daling |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang belia yang juga merupakan anggota RELA. Tujuan kelas ini disediakan adalah untuk menggilap kemahiran peserta dalam menaip dan menggunakan tetikus melalui perisian Microsoft Word. Di samping itu, peserta juga dapat menyiapkan tugasan dalam penyusunan fail anggota rela dengan baik dan teratur.
Aktiviti
Petugas membuka perisian Microsoft Word untuk kegunaan peserta. Peserta mula membuat draf di atas kertas kosong sebelum menaip di perisian agar butir-butir yang diperlukan adalah lengkap. Selepas itu, peserta mula menaip mengikut draf dan menggunakan setiap fungsi yang perlu seperti nombor, tulisan dan saiz. Peserta juga menggunakan fungsi jarak antara barisan ayat dengan baik. Kemudian, peserta mencetak dan menyusun setiap hasil kerja di dalam fail.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI