mcmc
Maklumat Am

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERKONGSIAN BERTAJUK ‘WANITA, REMAJA, DAN ICT’ ANJURAN MCMC

Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Jabatan Keterlibatan Komuniti akan mengadakan sebuah sesi perkongsian yang bertajuk ‘Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah’.

Objektif program ini adalah untuk:    

4.1.                     Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia.

4.2.                     Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT.

4.3.                     Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan  

remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional.

4.4.                     Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya.

 
Mereka yang berminat adalah dimohon untuk melengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom yang telah disediakan iaitu https://bit.ly/3eBLrzcsebelum atau pada 30 April 2021 jam 9 pagi (Jumaat) bagi tujuan penyelarasan oleh pihak urus setia. Untuk perhatian juga, tiada had bilangan peserta memandangkan program dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Justeru, ahli MIV digalakkan untuk menguar-uarkan dan menjemput seramai mungkin ahli komuniti setempat untuk mengikuti program ini.