mcmc
Makanan

Makanan Tradisi Ubi Gadung

PROSES-UBI

Ubi gadung adalah sejenis makanan tradisi orang Ulu Tembeling, rasanya yang kenyal dan enak kepada si pemakan dan pengemar makanan tradisi Kampung. Ubi gadung dimakan bersama kelapa muda yang diparut. Ubi gadung banyak terdapat didalam hutan, pokoknya yang menjalar dan mempunyai isi yang banyak disetiap pohon, prosesnya bermula mengali ubi didalam tanah kemudian dibersihkan tanah tersebut selepas itu ubi gadung dipotong haus-halus  sebelum direndam dalam air. Mengikut petua orang dulu-dulu ubi gadung tersebut perlu direndam dalam air diatas darat selama beberapa hari kemudain direndam dalam air sungai yang mengalir selama lebih kurang satu minggu, ini adalah untuk membuang bisa atau mabuk yang terdapat pada ubi gadung tersebut.  Dibawah menunjukan beberapa gambar dalam memproses ubi gadung

 

sumber gambar dari wan zaharah pembuat ubi gadung.