ASAM ROM & BUAH PERAH
biji getah proses membuat asam rom
menu gulai asam rom siput sedut menu gulai asam rom ikan kenderak
buah perah
buah perah yang sudah siap direbus menjadi jeruk
Asam Rom dan buah perah merupakan salah satu makanan yang terkenal di Ulu Tembeling terutama di Kampung Bukit Mat Daling, rata-rata penduduk kampung memprosesnya sendiri di rumah masing-masing untuk dijadikan rom atau jeruk. Cara pemprosesan untuk membuat asam rom ialah bijinya dijemur kemudian ditumbuk hingga lumat dan menjadi seperti kacang hancur, kemudian diuli-uli dan disimpan didalam bekas kedap udara ianya boleh disimpan selama bertahun-tahun. Proses yang sama digunakan untuk membuat asam rom buah perah, tetapi buah perah boleh juga dibuat jeruk dan disimpan dalam jangka masa yang lama. Cara masakan asam rom ini seperti tempoyak dan juga boleh dibuat sambal yang dipanggil asam rom bakar ataupon asam rom tepek. Asam rom dan buah perah ini bukan sahaja terkenal di Ulu Tembeling malahan juga di Jerantut dan kawasan sekitarnya.
sumber gambar dari google dan artikal diolah sendiri