| Tarikh | : 07 Mac 2022 |
| Masa | : 3.30pm – 4.30pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan peserta tentang asas komputer dan fungsi-fungsi yang berkaitan. Malahan, para peserta juga begitu bersemangat untuk menyertai kuiz yang dijalankan melalui permainan Blooket atau ‘bermain sambil belajar’.
Aktiviti
Setiap peserta bersedia dihadapan komputer masing-masing untuk menyertai kuiz. Pelbagai soalan yang disediakan untuk dijawab dan peserta menikmati permainan dengan sambil menimba ilmu. Peserta menaip setiap kod yang dipaparkan di skrin utama dan bersedia. Setelah permainan dimulakan, semua peserta begitu teruja menjawab soalan dan memperoleh markah berdasarkan 2 penilaian iaitu jawapan betul dan pantas serta strategi permainan yang baik. Di akhir permainan, peserta berpuas hati dengan penilaian dan ilmu yang mereka peroleh
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI