| Tarikh | : 07 Mac 2022 |
| Masa | : 2.00pm – 3.30pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih para peserta agar lebih mahir menggunakan papan kekunci atau lebih dikenali sebagai ‘keyboard’. Malahan, kelas ini dapat membantu pelajar untuk mempelajari tentang ‘shorcut-key’ yang biasa digunakan oleh orang ramai.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat dan penerangan mengenai papan kekunci dan jenis-jenis papan kekunci yang terdapat di pasaran. Malahan, peserta juga didedahkan dengan bahagian-bahagian yang ada di papan kekunci dan cara yang betul menggunakannya. Setelah itu, kemahiran peserta digarap melalui permainan menaip yang dipilih menerusi Internet agar mereka dapat membiasakan diri dengan aktiviti menaip. Antara permainan yang disertai oleh peserta adalah seperti; Balloon Game dan Typing Test.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI