USAHAWAN KECIL KEREPEK PISANG
|
Nama |
: Anisah bt Mahayuddin |
|
Umur |
: 42 tahun |
|
Ahli |
: 21 Mei 2015 |
Latar belakang
Puan Anisah seorang usahawan kecil kerepek pisang dan gerai makan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Anisah merupakan seorang ibu tunggal yang mengusahakan perniagaan gerai makan dan kerepek pisang. Beliau hanya menjual kerepek pisangnya kepada penduduk Kampung sekitar dan diletakan di kedai-kedai runcit sekitar Kampung. Cara ini kurang mendapat sambutan dan tidak diketahui umum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Anisah kerap kali datang ke pi1m untuk menggunakan perkhidmatan di pi seperti fotostat serta menghantar anak ke pi1m untuk mengikuti kelas anjuran pi. Petugas pi mula menarik Puan Anisah untuk mempromosikan kerepek pisangnya di dashboard komuniti untuk di paparkan kepada komuniti, beliau mula berminat dan sering datang ke pi untuk memasukan produk ke dashboard komuniti my shop
Tahap penguasaan ict Puan Anisah sangat lemah tetapi beliau seorang yang rajin berusaha untuk belajar mengenai cara penggunaan internet dalam memasarkan produk beliau, supaya pergi lebih jauh dan diketahui umum. Puan Anisah belajar cara menyunting gambar, mengubah gambar nampak lebih cantik dan mempromosikan kerepek pisangnya menggunakan aplikasi whatsapp Sehingga kini beliau sudah pandai menyunting gambar dan memasukan ke dalam pengiklanan atas talian.
Kerepeknya semakin mendapat sabutan dan perhatian umum kerana Puan Anisah berjaya mendapat tempahan majlis kawin sebanyak 300 peket dan paling mengembirkan Puan Anisah adalah beliau terpilih dalam bantuan bawah risda untuk pengusaha kecil.

