USAHAWAN ONLINE
|
Nama |
: Nor Izuwani Binti Nordin |
|
Umur |
: 21 tahun |
|
Ahli |
: 23 Mei 2015 |
Latar belakang
Cik Izuwani merupakan anak ke sulung dari lima orang adik beradik, menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan Jerantut. Beliau juga graduasi lepasan Kolej Yayasan Pahang dalam bidang Diploma in Executive Secretary. Sekarang beliau bekerja di Pejabat Felcra Kg Bukit Mat Daling
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Izuwani memulakan perniagaan secara atas talian menjadi dropship menggunakan media sosial facebook. Beliau membuat perniagaan untuk menambah pendapatan sampingan. Beliau sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk kembangkan perniagaan online iaitu produk kecantikan Pink Lady. Tambahan pula talian mudah alih di kawasan kediaman beliau sangat perlahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Izuwani mula mempromosi produk kecantikkan di PI melalui internet seperti di Facebook, Instagram serta whatsapp kerana capaian internetnya yang berkelajuan tinggi memudahkan lagi urusannya. Oleh Itu, pada masa lapang Cik Izuwani akan datang ke PI untuk mencari maklumat tambahan bagaimana hendak kembangkan lagi perniagaan online.Cik Izuwani juga selalu mengikuti kelas yang di anjurkan PI bagi menambah pengetahuan dalam bidang komputer dan ICT. Cik Izuwani dapat mempromosikan produk kecantikan kepada rakan-rakan yang turut datang ke PI dan dapat memperluaskan perniagaan online kepada kawan-kawan di media sosial seperti di Facebook. Sekarang beliau dapat memperkembangkan dan menambah pendapatan sampingan melalui perniagaan online dengan mudah.

