USAHAWAN : PENIAGA MAKANAN KAMPUNG
Nama |
: Norlida Binti Abd Rashid |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: 20 Sept 2017 |
Latar belakang
Sebelum penglibatan Puan Norlida bersama PI, beliau tidak tahu bagaimana hendak mempromosikan makan kampung yang dihasilkan oleh beliau. Puan Norlida berpendapat bahawa beliau perlu mendapatkan pendapatan sampingan bagi membantu suaminya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri PI, Puan Norlida bertanya bagaimana hendak mempromosikan barangannya. Beliau belajar bagaimana hendak menggunakan wifi di Pusat Internet kerana di kawasan rumahnya kekurangan rangkaian internet. Beliau diajar bagaimana hendak menjual melalui whatsapp dan facebook. Selain itu, beliau mengisi borang-borang untuk menambah bantuan peniagaannya. Oleh kerana barang makanan yang dihasilkan sangat sukar untuk didapatkan sekarang, produk makan kampungnya mendapat sambutan sehingga di Kuala Lumpur dan Terengganu contohnya seperti ikan perkasam, ikan salai dan sambal hitam belimbing rebus. Pendapatan beliau juga bertambah. Puan Norlida juga sudah pandai mempromosi perniagaan makanan kampungnya di facebook.