mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN 2020- Nurul Farhana Adilla Binti Sartoni (Quarterly 3)

IMG 20180904 173231

Nama

Nurul Farhana Adilla Binti Sartoni

Umur

: 24 Tahun

Ahli

: 25 Mei 2015

Latar belakang

Puan Farhana merupakan seorang suri rumah yang tidak bekerja dan hanya mengasuh anak di rumah. Beliau merupakan graduasi lepasan Polisas dalam bidang Diploma Civil Engineering. Beliau tidak mempunyai perkerjaan dan nasib tidak menyebelahi beliau walaupun beliau mempunyai pengetahuan ICT. Beliau juga pernah menjadi kisah kejayaan ICT Mini PI Kg Mat Daling pada tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Farhana bersama PI, beliau sedikit sebanyak telah terdedah dengan cara menggunakan komputer dan internet secara asas di Polisas. Namun, Puan Farhana ingin menambah pengetahuan yang lebih mendalam tentang komputer dan internet kerana bagi beliau, pengetahuan komputer sangat la penting untuk mencari pekerjaan bagi membantu suaminya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas anjuran PI, Puan Farhana semakin mahir menggunakan isi kandungan komputer dan internet. Semasa belajar ICT Puan Farhana terdedah dengan jualan online. Beliau mula menggunakan internet di PI untuk mencari barang-barang yang boleh dijual untuk penduduk kampung. Pada mulanya beliau hanya buat separuh masa untuk menjual barang keperluan yang dibeli secara atas talian, tetapi permintaan dan sambutan penduduk kampung sangat memberangsangkan. Oleh itu, beliau membuat jualan sepenuh masa disamping dapat membantu ekonomi keluarga kecilnya. Semakin hari semakin ramai yang mula membeli barang-barang keperluan kerana barang keperluan ini sangat sukar untuk didapati di kampung ini. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penduduk kampung hanya perlu memberitahu barang yang ingin dibeli, Puan Farhana akan mengumpul pembeli setiap minggu dan akan menghantar barang tersebut ke rumah pembeli. Puan Farhana juga sudah mempunyai group whatsapp sendiri untuk menjual barang keperluan.


  WhatsApp-Image-2020-10-27-at-4.35.59-PM WhatsApp-Image-2020-10-27-at-4.36.12-PM WhatsApp-Image-2020-10-27-at-4.39.50-PM