USAHAWAN : PERNIAGAAN MAKANAN
Nama |
: Noornadia Binti Mohd Safian |
Umur |
: 28 tahun |
Ahli |
: 9 Nov 2018 |
Latar belakang
Cik Nad merupakan satu-satunya perniaga makanan seperti burger dan ais blend di Kampung Bukit Mat Daling. Beliau mula berniaga pada tahun lepas secara part time. Oleh kerana permintaan orang kampung, beliau berniaga secara full time.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sememangnya sudah mahir dalam penggunaan komputer dan it. Bagi memulakan perniagaan, beliau perlu mempromosi perniagaan makanan beliau supaya orang ramai mengetahui dan datang membeli.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Apabila beliau terlibat bersama pusat internet dibuka, perniagaannya semakin berkembang kerana beliau belajar membuat poster makanan dan senarai harga makanan yang dijual oleh beliau. Selain itu, dengan adanya kelajuan internet yang tinggi beliau dapat memuatnaik contoh gambar makanan yang di jual di facebook dan whatsapp untuk diiklankan kepada umum. Beliau juga menambah pelbagai jenis makanan yang di jual mengikut hari. Pendapatan beliau juga bertambah dari masa ke semasa.