**Bekalan Elektrik
Pendawaian talian elektrik di pasang di kawasan kampung pada tahun 1994. Kerja-kerja memunggah dan menggali lubang tiang oleh pihak TNB dibantu secara bergotong royong oleh semua penduduk. TNB telah menyediakan Penjana Kuasa(generator) dan bekalan minyak diesel. Maka bermulalah era bekalan elektrik 12 jam. Bekalan elektrik 24 jam disalurkan ke kampung pada tahun 1996.
**Bekalan Air Pancur Graviti.
Sungai- sungai berdekatan kampung adalah sumber air utama kampung, pada tahun 1992 Kementerian Kesihatan telah mengubah nasib penduduk dengan menyediakan kawasan tadahan air sebagai Sumber Air Graviti sehingga sekarang.
**Bekalan Air PAIP
Pada tahun 2012, pihak PAIP- Pengurusan Air Pahang telah memulakan kerja- kerja penyambungan air PAIP dari Loji Air Kampung Bantal ke Kampung Seberang Bantal, Kampung Macang Perah, Kampung Kuala Semena dan Kampung Bukit Mat Daling. Tekanan air yang rendah menyebabkan penyambungan ke Kampung Pulau Besar dan Kampung Tanah Pindah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini.