Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan kepada pengusaha yang mengambil bahagian dalam kempen ini seperti:
- baucar diskaun
- baucar kedai
- baucar penghantaran percuma
Bagi seller yang ingin hadir webinar pilihan, sila daftar kat https://seller.shopee.com.my/edu/events.
