6 SEP 2021: KELAS ATAS TALIAN
| Tarikh |
: 06 September 2021 |
| Masa |
: 2.00pm – 5.00pm |
| Lokasi |
: Mini PI Mat Daling |
| Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar IPT dan seorang pelajar sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar menjalani kelas atas talian dengan lebih mudah dan selesa. Malah, pelajar dapat menggunakan kemudahan yang ada secara optimum dan berkesan.
Aktiviti
Peserta menghadiri kelas atas talian dengan menggunakan peranti sendiri seperti laptop persendirian dan telefon pintar. Kemudahan jaringan tanpa wayar (WiFi) secara percuma digunakan sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan yang diterima daripada para guru. Peserta juga mendapatkan bantuan daripada petugas bagi kerja-kerja mencetak dan mengajar format penulisan kerja kursus.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI