Istana Sri Tembeling Kg Bantal Ulu Tembeling
Istana sri Tembeling atau juga dikenali dengan nama Istana Menanti yang terletak di Kampung Bantal Ulu Tembeling. Untuk sampai ke Kampung Bantal dari Kampung Bukit Mat Daling aianya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit masa perjalanan. Kampung Bantal merupakan ‘city Centre’ pusat kepada lima Kampung yang besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Gusai, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi. Kampung Bantal merupakan pusat Pentadbiran Ulu Tembeling.
Di Kampung Bantal juga terletaknya Balai Polis, Pejabat Penghulu dan Poliklinik. Istana Sri Tembeling yang dibina pada awal tahun 1970an atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar, walaupun bagunannya yang nampak ringkas dan biasa tetapi ainya memberi pengertian yang amat besar dan bermakna bagi penduduk Ulu Tembeling dan Jerantut. Istana Sri Tembeling masih lagi dikunjungi dan digunakan oleh Sultan Pahang dan Kerabat Diraja Pahang. Istana ini juga dijadikan tempat penginapan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang apabila melawat ke Ulu Tembeling.
sumber : dari internet google Istana Sri Tembeling