Gunung Ais terletak di kawasan hutan Ulu Tembeling, perjalanan dari Kampung Bukit Mat Daling untuk
sampai ke gunung ais mengambil masa lebih kurang 10jam. Ketinggian 812 meter dari paras laut, mempunyai
bongkah bersegi tiga diatas puncaknya, bongkah segi tiga tersebuat adalah peninggalan zaman dahulu.
Menurut sumber yang pernah sampai ke gunung ais, pendakinya yang dikenali Teh Sa beliau sampai ke
Gunung Ais pada tahun 1981 dan selepas itu tiada rekod pendaki yang sampai kerana setiap kali pendaki yang
sampai ke puncaknya akan menanda atau menulis di bongkah segitiga tersebut. Setelah sekian lama Gunung Ais
tidak didaki, pada tahun 2017 sekumpulan pendaki muda telah sampai ke Gunung Ais buat kali pertama.