mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2019- Wan Nurul Zulaika Wahieda Binti Wan Nooruddin (Quarterly 1)

DSCN0602

Nama

Wan Nurul Zulaika Wahieda Binti Wan Nooruddin

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 21 Mei 2015

Latar belakang

Zulaika  merupakan kedua kepada Wan Zaharah Binti Wan Ismayuddin. Beliau adalah pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar. Beliau seorang yang aktif dalam sukan, berani, rajin belajar perkara yang baru dan suka bertanya. Apabila pulang dari asrama, beliau manfaatkan masa cuti dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet ini, Zulaika tidak mempunyai pengetahuan asas komputer, pengetahuan internet dan  fungsi  internet. Beliau hanya pernah melihat komputer di sekolah, tetapi tidak tahu mnggunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas tubuhnya Pusat Internet, Zulaika didaftarkan sebagai ahli pusat internet oleh ibunya kerana Zulaika ingin belajar tentang komputer dan fungsi komputer. Beliau selalu ke PI untuk belajar menggunakan komputer serta mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI. Lagi pula, rumah beliau berhampiran dengan PI. Beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti  PI. Setiap kali petugas pim memaklumkan  jadual kelas yang bakal diadakan, beliau terus hadir. Zulaika mula belajar mengenal komputer dan fungsinya, termasuklah menaip. Zulaika betul-betul belajar untuk mahir menggunakan isi kandungan komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel  & Microsoft Powerpoint.Selain itu, Zulaika juga belajar  membuat video sendiri dengan menggunakan Powtoon Web. Sekarang Zulaika sudah pandai menggunakan komputer sepenuhnya.


  DSCN0650 DSCN0912 IMG 20181118 154735