mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2018-Puan Maisarah bt Doll (Quarterly 1)

mm

MENYUNTING GAMBAR DAN BELAJAR FACEBOOK

Nama

: Maisarah bt Doll

Umur

: 44 tahun

Ahli

: 17 Okt 2016

Latar belakang

Puan Maisarah merupakan seorang suri rumah dan mengusahakan kebun kecil di kawasan rumahnya, tetapi dalam masa yang sama Puan Maisarah juga ingin belajar asa-asas internet dan komputer, dengan itu petugas pi1m telah menjemputnya ke pi untuk berlajar pada masa terluang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dirinya di Pi, Puan Maisarah tidak mengetahui tentang internet serta komputer. Tetapi setelah menyertai kelas bimbingan di bawah Pi banyak yang telah dipelajari antaranya seperti cara pencarian sesuatu maklumat di google, cara menyunting gambar untuk nampak lebih cantik dan kemas dan membuat laman sosial facebook. Kebiasaannya Puan Maisarah akan meminta petugas untuk mengajarnya dan sering bertanya apa yang tidak difahami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan Puan Maisarah dengan aktiviti dan kelas anjuran pi perubahan demi perubahan Puan Maisarah tunjukan. Puan Maisarah mula pandai mencari maklumat di google dan facebooknya sentiasa aktif. Setiap aktivitinya akan di paparkan di facebook untuk kenangan dirinya serta sahabat-sahabat di bandar. Ini la dikatakan merapatkan jurang digital bandar dan luar bandar.


 mmmmmm 20171118 174037 20171118 153950