mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2018- Nurul Farhana Adilla Binti Sartoni (Quarterly 3)

IMG 20180806 150548

Nama

: Nurul Farhana Adilla Binti Sartoni

Umur

: 22 tahun

Ahli

: 25 Mei 2015

Latar belakang

Cik Farhana merupakan anak ke sembilan dari sebelas orang adik beradik, menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan Jerantut. Beliau juga graduasi lepasan Polisas dalam bidang Diploma Civil Engineering. Sekarang beliau bekerja sambilan di kedai makan di Kampung Bukit Mat Daling.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Cik Farhana bersama PI, beliau sedikit sebanyak telah terdedah dengan cara menggunakan komputer dan internet secara asas di Polisas. Namun, Cik Farhana ingin menambah pengetahuan yang lebih mendalam tentang komputer dan internet kerana bagi beliau, pengetahuan komputer sangat la penting untuk membuat permohonan  pekerjaan. Oleh itu Cik Farhana selalu ke PI untuk belajar dan menambah pengetahuan yg lebih luas secara personal serta mngikuti kelas yang dianjurkan oleh PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas anjuran PI, Cik Farhana semakin mahir menggunakan isi kandungan komputer seperti Microsoft Office. Beliau sering kali hadir ke PI  untuk belajar menggunakan Microsoft Office bagi memantapkan kemahiran Microsoft Office. Selain itu, Cik Farhana juga memperbaharui resume bagi menjadi lebih menarik dan menambah maklumat terperinci tentang kemahirannya yang semakin bertambah. Cik Farhana juga selalu melatih diri memahirkan tangan untuk menaip dengan pantas melalui aplikasi Rapid Typing.Sekarang beliau sudah mahir menggunakan komputer dan isi kandungan komputer tanpa pertolongan petugas PI.


  IMG 20180817 151529 IMG 20180904 173231 IMG 20180907 135648