mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2019- Sharifah Nur’Izzah Nasuha Binti Syed Mustafa (Quarterly 4)

DSCN0852

 Belajar Microsoft Office, Kemahiran Menaip, Gmail & Powtoon Web

Nama

: Sharifah Nur’Izzah Nasuha Binti Syed Mustafa

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 09 Ogos 2015

Latar belakang

Izzah merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Beliau merupakan anak yatim dan menjadi harapan ibunya. Beliau pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling. Di Sekolah beliau merupakan pelajar harapan UPSR 2019. Apabila cuti dan pulang dari asrama, beliau manfaatkan masa cuti dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Izzah sudah lama mendaftar sebagai ahli PI. Tetapi beliau tidak tahu apa fungsi PI. Oleh itu beliau tidak pergi ke PI. Izzah juga tidak tahu menggunakan komputer dan tidak tahu fungsinya. Apatah lagi menggunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Awal tahun 2019, setelah tahu dari kawan-kawan tentang PI, Beliau mula pergi mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI. Beliau mula belajar menggunakan komputer. Izzah juga belajar menggunakan Microsoft office. Apabila ada kerja sekolah beliau membuat kerja sekolah di PI dengan bantuan petugas PI. Dalam tempoh setahun Izzah sudah mengenal komputer dan fungsinya, termasuklah menaip sehinggalah beliau mahir menggunakan isi kandungan komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dan membuat video. Selain itu, Keputusan UPSR Izzah juga memberangsangkan. 


 DSCN0879 DSCN1571 DSCN1761