Belajar Microsoft Office, Mencipta Akaun Gmail & Teka Silang Kata
Nama |
: Nor Aiman bin Mohamad |
Umur |
: 13 tahun |
Ahli |
: 23 September 2017 |
Latar belakang
Aiman merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan. Beliau seorang anak yang baik dan juga periang. Setiap kali beliau mempunyai masa lapang, beliau sering kali hadir ke PI untuk melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Aiman bersama PI, pengetahuan beliau tentang teknologi maklumat sangat kurang. Kebiasaanya, beliau menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal seperti memancing, bermain dan berjalan bersama kawan-kawan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengetahui tentang penubuhan Pusat Internet Komuniti ini, Aiman mula melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PI. Aiman belajar tentang asas-asas penggunaan komputer dan juga perisian dalam Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, Aiman juga mempelajari asas-asas dalam melayari internet menggunakan pelayar web seperti Google dan Yahoo. Sekarang, Aiman semakin mahir menggunakan komputer dan mengaplikasikan fungsi-fungsi yang terdapat dalam komputer. Beliau memanfaatkan segala ilmu yang diterima di samping menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah kepadanya dengan menggunakan komputer.