mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT 2019- Mohd Al Haqim Bin Abd Qadir Jailani (Quarterly 2)

DSCN0373

Nama

Mohd Al Haqim Bin Abd Qadir Jailani

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 17 Mei 2015

Latar belakang

Haqim merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Beliau pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Beliau bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling. Beliau juga seorang yang rajin belajar, lantang bersuara dan suka bertanya. Apabila cuti panjang dan pulang dari asrama, beliau manfaatkan masa cuti dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI dan membuat kerja sekolah di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet ini, Haqim hanya seorang budak kampung yang hanya tahu memancing ikan dan main di sungai. Haqim juga tidak tahu menggunakan komputer dan tidak tahu fungsinya. Beliau hanya pernah melihat komputer di sekolah, tetapi tidak tahu menggunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas tubuhnya Pusat Internet, Haqim terus didaftarkan sebagai ahli pusat internet.Oleh kerana rumah beliau berdekatan dengan PI, beliau selalu ke PI untuk belajar menggunakan komputer serta mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI. Apabila pulang dari asrama, beliau meluangkan masa pergi ke PI untuk menggunakan komputer serta membuat kerja sekolah dengan merujuk petugas PI. Haqim juga mula belajar mengenal komputer dan fungsinya, termasuklah menaip sehinggalah beliau mahir menggunakan isi kandungan komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel  & Microsoft Powerpoint. Selain itu, Haqim juga belajar  membuat video sendiri dengan menggunakan Powtoon Web. Sekarang dengan usia 13 tahun Haqim sudah pandai menggunakan komputer sepenuhnya.


  DSCN0454 DSCN0389 IMG 20180805 163133