| Tarikh | : 18 & 19 Februari 2022 |
| Masa |
: 4.00pm – 6.00pm : 3.00pm – 5.00pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini disediakan adalah untuk memperkenalkan kuiz pendidikan yang baru dan menarik kepada peserta. Malahan, kelas ini juga diadakan bagi menarik minat para peserta untuk memahami dan meilai tahap pemahaman dan daya saing masing-masing ketika sedang menjawab soalan kuiz dan mengatur strategi dalam permainan sambilan yang disediakan dalam Blooket.
Aktiviti
Para peserta membuka portal permainan Blooket dan menaip masuk kedalam kuiz pilihan melalui kod yang dipaparkan. Setelah itu, peserta berbincang tentang jenis permainan kuiz yang diminati bagi menjawab kuiz dengan lebih menarik dan menguji minda. Apabila permainan kuiz dimulakan, peserta bertungkus lumus menjawab setiap soalan sambil diselangi dengan aturan strategi permainan bagi menjadi pemenang utama dimana pemenang akan dinilai melalui kepantasan dan nasib. Tambahan pula, daya ingatan peserta tentang pengetahuan am dan komponen komputer menjadi semakin kuat dek kerana soalan yang sama akan dikeluarkan secara rawak selagi masa yang ditetapkan dalam permainan kuiz belum tamat.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI