| Tarikh | : 04 April 2022 |
| Masa | : 10.00am – 1.00pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar lepasan SPM tahun 2021. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta mengisi pelbagai permohonan secara atas talian dengan lengkap. Malahan, peserta juga dapat memahami tatacara melengkapkan permohonan atas talian dengan lancar dan telus. Aktiviti ini juga amat bermanfaat buat peserta disamping menunggu keputusan SPM dan mempersiapkan diri untuk langkah seterusnya dalam membina kerjaya.
Aktiviti
Peserta mula membuka enjin carian Google dan mencari pautan permohonan mengikut senarai yang telah disediakan. Di setiap permohonan, peserta dikehendaki membuka akaun baharu sebelum dapat mengakses ke dalam permohonan. Setelah selesai, peserta dibimbing untuk melog masuk dan mula mengisi setiap ruangan kosong yang perlu. Jika terdapat sebarang masalah, peserta meneliti semula setiap ruangan kosong dan membuat pembetulan untuk meneruskan pengisian borang ke tahap seterusnya.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI