| Tarikh | : 05 Mac 2022 |
| Masa | : 2.00pm – 4.00pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang komponen asas yang terdapat pada sesebuah komputer. Malahan, kelas ini juga membantu pelajar memahami setiap fungsi komponen yang dinyatakan secara terperinci.
Aktiviti
Segala informasi mengenai komponen komputer ditayangkan melalui pembentangan slaid di skrin utama. Peserta mendengar dan meneliti setiap nama dan fungsi yang terdapat pada komponen komputer yang disediakan dalam slaid tersebut. Malahan, mereka juga menyertai uji minda yang disediakan oleh petugas melalui perisian Jamboard untuk menguatkan lagi daya ingatan peserta tentang komputer dan komponen-komponennya.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI