USAHAWAN : KEDAI MAKAN D’TEPIAN TEBING
|
Nama |
: Wan Sapura binti Wan Akil |
|
Umur |
: 50 Tahun |
|
Ahli |
: N/A |
Latar belakang
Sebelum penglibatan Puan Sapura bersama PEDI, pendedahan tentang penggunaan internet amatlah kurang dan beliau hanya mempromosi kedai makan beliau dengan cara tradisional sahaja. Media sosial seperti Facebook dan Instagram tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan promosi. Beliau hanya menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dalam menguruskan pesanan, membuat dan mengangkat panggilan. Malahan, sambutan kedai makan beliau agak kurang dek kerana struktur bangunan yang agak usang dan tiada sebarang bantuan diterima daripada PEDi hak yang berkenaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas melibatkan diri bersama PEDI , Puan Sapura seringkali meminta khidmat nasihat daripada petugas dalam membantu beliau memajukan perniagaannya. Beliau mempelajari cara-cara memohon bantuan alatan daripada pihak RISDA melalui kertas kerja dan draf pembentangan yang perlu disiapkan untuk dihantar kepada pihak pengurusan. Selari dengan objektif beliau untuk menaik taraf kedai makan, beliau juga mendapatkan pereka logo yang terbaik melalui PEDI bagi melakar dan menyiapkan logo untuk perusahaannya. Selain itu, beliau juga mula mempelajari tentang cara-cara menyediakan buku menu menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Sesi fotografi dilakukan oleh pihak PEDI bagi kemudahan mengedit senarai menu dan poster kedai makan beliau. Seterusnya, beliau mula mengaktifkan semula laman Facebook dan Instagram dengan pelbagai informasi dan meletakkan pin dalam Google Maps mengenai operasi kedai beliau. Berkat ketekunan dan kesabaran beliau dalam meningkatkan imej perniagaan beliau, sekarang beliau menerima pelbagai tempahan daripada setiap pelusuk negeri di Malaysia.

