13 OGOS 2021: DIGITAL POSTER MERDEKA
| Tarikh | : 13 Ogos 2021 |
| Masa | : 3.00pm – 5.30pm |
| Lokasi | : Mini PI Mat Daling |
| Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri 8 orang belia kampung. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar sekolah menyiapkan poster kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Malahan, kelas ini dapat melatih mereka menjadi lebih mahir menggunakan perisian komputer disamping mengasah kreativiti mereka ke tahap seterusnya.
Aktiviti
Poster dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Bagi menjadikan poster lebih menarik, peserta mencari pelbagai gambar yang berkaitan melalui pelayar web Google. Mereka juga menaip perkataan yang berkaitan kemerdekaan menggunakan papan kekunci. Setelah selesai, peserta juga diajar tentang cara-cara menyimpan fail tersebut dalam bentuk gambar. Melalui aktiviti sebegini, tahap pengetahuan peserta semakin meningkat dan peserta menjadi semakin mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI