Tarikh | : 10 Mei 2021 |
Masa | : 11.00am – 1.00pm |
Lokasi | : Mini PI Mat Daling |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri 3 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar Tingkatan 2 dalam menyiapkan tugasan Folio Sains atau Buku Skrap berkaitan COVID-19 menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint.
Aktiviti
Berbekalkan panduan penyediaan folio daripada guru Sains di sekolah, para pelajar ini dipandu dengan cara-cara menggunakan teknologi dalam menyiapkan tugasan tersebut. Mereka menggunakan perisian Microsoft Word dan juga PowerPoint secara menyeluruh dan juga melayari internet bagi mendapatkan bahan untuk kandungan folio mereka.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI