mcmc
Laporan Aktiviti

10 NOV 2019: SUKAN RAKYAT KAMPUNG BUKIT MAT DALING

Tujuan

Sukan Rakyat dihadiri oleh 285 orang penduduk kampung. Aktiviti ini dilaksanakan dengan kerjasama MPKK Bukit Mat Daling, Klinik Desa Kampung Bukit Mat Daling, Belia Kg Bukit Mat Daling, Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling dan Pusat Internet Bukit Mat Daling. Sambutan Sukan diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian. Semua pihak berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan dan juga bertujuan menggalakkan komuniti Kg Bukit Mat daling sentiasa bersukan hingga menjadi budaya hidup.

Aktiviti

Pertandingan sukan rakyat untuk semua lapisan komuniti Kampung Bukit Mat Daling.

**untuk melihat gambar..KLIK DISINI