|
Nama |
: Putri Amylia Maisarah binti Amiruddin |
|
Umur |
: 12 tahun |
|
Ahli |
: 17 Mei 2015 |
Latar belakang
Putri merupakan anak tunggal kepada Wan Kamariah Binti Wan Ngah. Beliau adalah pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit Mat Daling. Di sekolah, beliau memegang jawatan sebagai penolong ketua pengawas. Beliau seorang yang rajin belajar, focus dalam pelajaran dan selalu bertanya. Bukitnya, beliau selalu mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI dan selalu bertanya soalan apabila tidak faham kerana ingin betul-betul memahami apa yang dipelajarinya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum adanya Pusat Internet ini, Putri tidak mempunyai pengetahuan asas komputer dan tidak tahu menggunakan komputer. Apatah lagi internet dan fungsi internet. Beliau hanya pernah melihat komputer di sekolahnya sahaja dan tidak tahu menggunakannya serta tidak tahu apa fungsi komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas tubuhnya Pusat Internet, Putri selalu ke PI untuk belajar menggunakan komputer serta mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI. Beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti PI. Setiap kali petugas pim memaklumkan jadual kelas yang bakal diadakan, beliau dengan rela hati menyatakan bahawa dirinya ingin mengikuti kelas tersebut. Putri mula belajar mengenal komputer dan fungsinya, termasuklah menaip. Putri semakin mahir menggunakan isi kandungan komputer seperti Microsoft Word & Microsoft Excel .Selain itu, Putri juga belajar mengenal internet dan fungsinya dengan membuat akaun gmail dan juga Facebook. Sekarang, beliau sudah mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah dan juga mengunakan laman Facebook tanpa pertolongan petugas PI.

