| Tarikh | : 06 Oktober 2021 |
| Masa | : 9.00am – 12.00pm |
| Lokasi | : Mini PI Mat Daling |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pelajar sekolah rendah menggunakan PI sebagai tempat untuk menghadiri kelas atas talian disebabkan kekurangan jaringan internet di kawasan rumah pelajar. Malahan, pelajar juga mendapatkan khidmat petugas bagi membantu tugasan yang diterima daripada guru sambil ditemani ibu.
Aktiviti
Peserta menggunakan telefon pintar untuk menghadiri kelas atas talian yang dijalankan melalui aplikasi WhatsApp. Peserta mendaftar masuk untuk menggunakan WiFi percuma bagi mendapatkan akses kepada Internet. Peserta merespon kepada setiap arahan yang diberikan oleh guru melalui aplikasi tersebut sama ada dalam bentuk menaip ataupun suara. Setiap tugasan yang diterima disalin ke dalam buku nota.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI