Tarikh | : 18 April 2021 |
Masa | : 2.00pm-5.00pm |
Lokasi | : Mini PI Mat Daling |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas diadakan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan tahap pembelajaran melalui kelas tambahan. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan Komputer bagi menghadiri kelas di atas talian secara langsung. Hal ini dapat membantu meningkatkan tahap pengetahuan mereka bagi penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Aktiviti
Peserta mendapatkan pautan kelas atas talian mengikut pilihan subjek masing-masing dan membuka menggunakan aplikasi Zoom sebelum kelas bermula. Kelas diajar oleh guru yang berpengalaman dan latihan serta nota telah diberikan bagi membantu mereka memahami subjek yang dipelajari dengan mudah dan mendalam.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI