mcmc
Laporan Aktiviti

15 JULY 2023 – Asas Komputer – Membuat Surat Rasmi-

Nama

: ADAM AIF AQASAH BIN MOHD HAFIZI

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 23 September 2017

Latar belakang

 
Adam Aif Aqasah atau lebih mesra disapa dengan nama aqasah merupakan anak petama dalam keluarga beliau. Ibu Aqasah merupakan seorang penjawat awam di klinik desan kampung bukit mat daling ayahnya pula merupakan seorang tukang rumah. Aqasah mempunyai watak yang begitu menarik dan unik dalam kalangan rakan-rakannya. Beliau gemar berkawan dan melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Sikap beliau yang peramah dan suka membantu orang lain amat disegani oleh orang sekeliling. Malah, beliau juga mempunyai hobi seperti mengambil gambar dan video untuk simpanannya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan Aqasah bersama Pedi, Aqasah banyak menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti fizikal dan juga bermain permainan atas talian menggunakan telefon bimbit. Pendedahan tentang penggunaan komputer agak kurang dan beliau hanya mengetahui beberapa asas penggunaan komputer yang biasa digunakan oleh bapanya ketika melakukan kerja. Maka, beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer sebagai peranti untuk mengedit gambar dan video dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengetahui tentang penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini, Aqasah seringkali hadir bersama rakan-rakannya demi menimba lebih banyak ilmu berkaitan komputer. Beliau mempelajari pelbagai perkara baru seperti tutorial membuka akaun Gmail, membuat Blog dan mengedit gambar. Beliau juga semakin tertarik dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh PI dan sentiasa bersedia untuk menyertainya. Semangat beliau yang sentiasa ingin mempelajari perkara baru membuatkan beliau semakin cekap dalam menggunakan komputer terutamanya dalam penggunaan peralatan sperti tetikus dan papan kekunci. Sekarang, beliau merupakan antara pelajar yang telah separuh mahir menggunakan perisian Microsoft seperti Word dan PowerPoint. Malah, beliau juga sering membantu rakan-rakannya yang kurang mahir ketika kelas ICT sedang berlangsung di PI. Beliau juga mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan tentang cara mudah untuk mengambil gambar dan video yang cantik.