| Tarikh | : 10 Mac 2022 |
| Masa | : 10.00am – 11.30am |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan pendedahan bagi perisian Microsoft PowerPoint. Malahan, peserta juga dapat mempelajari pelbagai perkara untuk dilakukan melalui penggunaan Microsoft PowerPoint seperti mengedit gambar, melukis poster, membuat carta organisasi dan membuat pembentangan.
Aktiviti
Pengenalan ringkas mengenai fungsi perisian dan cara penggunaan diperkenalkan kepada peserta sebelum sesi latihan dijalankan. Peserta meneliti dahulu perisian PowerPoint dan komponen-komponen yang ada. Bagi memudahkan pemahaman peserta, draf latihan dan langkah-langkah penggunaan diberikan kepada setiap peserta. Sepanjang kelas berlangsung, peserta menunjukkan prestasi yang baik dan sering bertanyakan soalan jika terdapat sebarang kemusykilan. Antara perkara yang dipelajari adalah memasukkan imej dan video, memilih templat bersesuaian, menggunakan bentuk-bentuk dan pelbagai lagi.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI