| Tarikh |
: 10 Mac 2022 |
| Masa |
: 2.00pm – 4.00pm |
| Lokasi |
: Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan pendedahan bagi perisian Microsoft Excel. Malahan, peserta juga dapat mempelajari pelbagai perkara untuk dilakukan melalui penggunaan Microsoft Excel terutama dalam melakukan kerja-kerja penulisan yang bersenarai dan berstruktur.
Aktiviti
Taklimat ringkas diberikan sebagai pengenalan kepada peserta berkenaan fungsi dan cara penggunaan perisian. Peserta mula meneliti setiap elemen yang ada dalam Excel. Contoh latihan disediakan dan peserta mula melakukan latihan seperti yang tertera disamping bimbingan oleh petugas. Beberapa perkara ditumpukan ketika peserta menggunakan perisian Excel seperti ‘shortcut’, fungsi pengiraan, fungsi salin dan tampal serta pelbagai perkara mudah yang sering digunakan.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI