| Tarikh | : 09 Mac 2022 |
| Masa | : 2.00pm – 3.30pm |
| Lokasi | : Mini PEDi Mat Daling |
| Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan pendedahan bagi perisian Microsoft Word. Malahan, peserta juga dapat mempelajari pelbagai perkara untuk dilakukan melalui penggunaan Microsoft Word disamping meningkatkan kemahiran menaip.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diberikan sedikit taklimat tentang fungsi Microsoft Word. Kemudian, mereka mula membuka perisian tersebut dan mengenali setiap item dan fungsi yang boleh digunakan sebaik mungkin. Kertas latihan lengkap beserta contoh diberikan bagi memudahkan peserta memahami tutorial yang dijalankan secara langsung. Pelbagai perkara dipelajari peserta dalam kelas ini seperti pengunaan pelbagai jenis tuisan, saiz tulisan, senarai bernombor, ‘italic’, ‘bold’ dan sebagainya.
**untuk melihat gambar..KLIK DISINI